AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SABAH

 dilihat 721 kali

Pusat Latihan Bomba Wilayah Sabah, Kota Kinabalu telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan pada 1hb. Jun 2009 ianya telah dinaiktaraf kepada Akademi. Selaras dengan penstrukturan ini, maka Kepimpinan Tertinggi Institut Keilmuaan ini turut dinaiktaraf daripada Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 kepada Penguasa Kanan Bomba Gred KB44. Institut ini, merupakan nadi penting Jabatan dalam penyaluran dan pengembangan ilmu-ilmu kebombaan secara berterusan khususnya kepada Pegawai-Pegawai Bomba di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berasaskan keperluan piawaian MS ISO 9001:2000. Penekanan kursus yang dilaksanakan berasaskan kepada Core Buisnes dan keperluan semasa jabatan yang begitu dinamik. Pada 1986, Pusat Latihan Bomba Wilayah Sabah, Kota Kinabalu terletak di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dengan berkongsi bangunan pentadbiran dengan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dan pada tahun 2009, setelah Intitusi ini di naiktaraf sebagai Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Institut ini telah berpindah ke Kompleks Perumahan Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Sulaman, dimana FRAM telah diperuntukkan sebuah Blok Bangunan, yang mempunyai kemudahan Pejabat Pentadbiran, Bilik Kuliah yang boleh menampung seramai 85 orang dalam satu-satu masa, Asrama yang boleh memuatkan seramai 75 orang dalam satu-satu masa, kemudahan Dewan Makan, kemudahan Sukan seperti Dewan Badminton, Tennis dan Bola Tampar serta Surau.

Alamat: Lorong Bomba 4, Jalan Sulaman Kuala Menggatal
Telefon Pejabat/Bimbit: 088473971
Faks: 088473976
E-mel: hep.framsabah@gmail.com
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SABAH.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2018
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u