AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA IPOH

 dilihat 92 kali

Mengimbau kembali sejarah penubuhan pusat latihan kebombaan dan penyelamatan, pusat latihan bomba yang pertama dibina pada tahun 1957 di Gombak, Selangor dengan nama Sekolah Latihan Bomba Malayan Union. Komandan yang pertama ketika itu ialah Lt. Col. Watkins di mana ‘Fire Services Inspectorate Panels’ adalah pentadbir sekolah latihan tersebut dan berfungsi sebagai badan untuk memberi latihan kebombaan kepada anggota bomba dan Jabatan Bomba Negeri, Pasukan Tentera dan Penjawat Awam. Pada tahun 1976 semua Jabatan Bomba di peringkat negeri-negeri telah disatukan di bawah pentadbiran persekutuan, sehinggalah kepada penyatuan Sabah dan Serawak pada tahun 1981. Seiring dengan perkembangan pembangunan negara selepas kemerdekaan, penanbahan pegawai dan anggota bomba turut meningkat. Di atas keperluan bagi melahirkan pegawai dan anggota bomba yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam ilmu kebombaan, Pusat Latihan Bomba telah dibina pada tahun 1972 di Kuala Kubu Bharu, Selangor dengan keluasan 12 ekar dan pada tahun 1997 namanya ditukar kepada Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Pada tahun 1982 Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Wilayah Serawak telah ditubuhkan, diikuti Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Wilayah Shah Alam, Selangor pada 1984. Pada 1987 Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Wilayah Sabah dan pada tahun 1997 Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Wilayah Ipoh, Perak ditubuhkan. Selaras dengan penstrukturan baru jabatan yang dilulukan pada tahun 2008, semua Akademi dan Pusat Latihan telah dinaiktaraf bermula pada tahun 2009. Kini semua institusi latihan kebombaan di kenali sebagai AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA ( ABPM ).

Alamat: JALAN KOMPLEKS SUKAN
Telefon Pejabat/Bimbit: 053677444
Faks: 053677201
E-mel: fram_perak@yahoo.com
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA IPOH.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2017
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u