AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WAKAF TAPAI

 dilihat 231 kali

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mempunyai keluasan 144 hektar dan dibina pada tahun 2000. Majlis pecah tanah pembinaan telah disempurnakan oleh Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato Dr. Ting Chew Peh pada tahun 1999. Pada 7 Oktober 2002, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mula beroperasi dengan kemasukan pertama seramai 236 orang pelatih Gred KB 11 melapor diri untuk mengikuti Kursus Asas Sains Kebombaan. Pada tahun 2002, Organisasi Pentadbiran yang terdapat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai iaitu Ketua Pegawai Latihan, Ketua Pentadbir Latihan, Ketua Akademi, Sekolah Operasi, Sekolah Pengurusan, Sekolah Undang-Undang, Sekolah Kejuruteraan, Sekolah Keselamatan Kebakaran, Unit Bantuan Latihan, Unit Data & ICT dan Unit Asrama. kakitangan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai adalah seramai 73 orang dan seramai 311 orang pelatih Gred KB 11 telah melapor diri untuk mengikuti Kursus Asas Sains Kebombaan. Pada tahun ini juga, terdapat kursus lain dianjurkan iaitu Kursus Pengukuhan Kawad Kaki dan Kursus Peralihan Persaraan iaitu seramai 125 orang. Pada 1 Mei 2005, kakitangan akademi adalah seramai 139 orang dan sekolah telah ditukarkan nama sebagai pusat pengajian. Pada tahun 2005, juga simulator untuk latihan kebombaan dan penyelamat telah dibina untuk memantapkan lagi kemahiran anggota bomba dalam tugas pemadaman dan penyelamatan. Pada masa yang sama sebanyak 3 buah Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat telah dinaiktaraf kepada Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Iaitu Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Ipoh, Perak, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dan Akademi Bomba dan penyelamat Malaysia Sarawak selain daripada Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu dan Wakaf Tapai. Pada masa sekarang pentadbiran akademi diketuai oleh , Penolong Pesuruhjaya Bomba Norazam bin Khamis dengan dibantu oleh seramai 126 orang kakitangan. Pada awal pembinaan beberapa kemudahan yang terbaik telah disiapkan iaitu Bangunan Pentadbiran, Bangunan Kuliah, sebuah Auditorium, sebuah Dewan makan berkapasiti 1000 orang dan 4 buah blok penginapan yang boleh memuatkan seribu orang pada satu masa. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai telah memasuki Fasa kedua pembinaan kemudahan dengan siapnya sebuah Bangunan High Rise Fire Fighting Simulator yang dijangka memberi faedah yang besar kepada seluruh warga Wabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Dalam mencapai ke arah kecemerlangan, pihak pengurusan akademi telah berjaya mendapatkan pengikhtirafan daripada SIRIM bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 pada 19 Oktober 2008

Alamat: KM 24, JALAN KUALA BERANG, WAKAF TAPAI
Telefon Pejabat/Bimbit: 096803301
Faks: 096803304
E-mel: pro@wakaftapai.fram.edu.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WAKAF TAPAI.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2017
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u