AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN LANGKAWI

 dilihat 1811 kali

Akademi Kastam DiRaja Malaysia (AKMAL) ditubuhkan pada tahun 1956 di Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru, Melaka. Pada peringkat awal ia dikenali dengan nama Pusat Latihan Kastam Persekutuan yang terdiri daripada dua blok bangunan pejabat, kelas dan bangunan asrama. Pada tahun 1957, Pusat latihan ini bertukar nama kepada Sekolah Latihan Kastam Persekutuan yang mengendalikan kursus-kursus bercorak ulangkaji untuk Pegawai-pegawai Kastam. Dalam tahun 1960, fungsinya telah diperluaskan dengan melatih Penolong Penguasa Kastam. Dengan penganugerahan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 2 April 1963, nama Sekolah Latihan Kastam Persekutuan ditukar kepada Maktab Latihan Kastam Diraja Malaysia. Pada tahun 1987, Maktab Latihan ditukar kepada nama Maktab Kastam Diraja Malaysia. Bangunan pejabat, asrama, bilik-bilik kuliah telah ditambah dan dinaik taraf. Kemudahan-kemudahan bertujuan latihan termasuk dewan, surau, gelanggang permainan, gimnasium, perpustakaan dan kolam renang dibangunkan. Pada Oktober 1989 Maktab Kastam Diraja Malaysia dinaik taraf menjadi Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL). Pada tahun 1990, projek perluasan AKMAL melibatkan pembinaan pejabat, dewan syarahan, auditorium, asrama, stadium, gelanggang permainan dan makmal-makmal. Projek ini siap pada tahun 1991 dan dirasmikan pada tahun 1993. Dengan pembesaran AKMAL ini, kursus-kursus dapat dilaksanakan bukan sahaja untuk anggota jabatan tetapi untuk agensi-agensi lain dan Pertubuhan Kastam Sedunia. Akademi Kastam Diraja Malaysia Cawangan Langkawi, Bukit Malut, Pulau Langkawi adalah salah satu cawangan AKMAL.

Alamat: Bukit Malut, Kuah, 70000 Langkawi, Kedah
Telefon Pejabat/Bimbit: 04-9699017
Faks: 04-9699018
E-mel: akmal.langkawi@yahoo.com
:
:
 
 

  • Internet
  • Parking
  • WiFi Percuma
  • Mesin Basuh/Pengering
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN LANGKAWI.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2020
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u