INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) KUALA LANGAT

 dilihat 537 kali

Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) adalah institut kemahiran ke 20 yang dikendalikan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Pembangunan institut ini dimulakan sejak tahun 2008 dan telah siap pada 9 Februari 2011.Penubuhan institut ini adalah sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke -9 dengan menjadikan ianya IKBN yang ke 4 dibina di negeri Selangor. Fasa pertama IKBNKL dibangunkan di atas tanah seluas 32 ekar daripada 58.5 ekar meliputi Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Kuarters kakitangan, prasarana seperti dewan serbaguna, dewan makan, asrama lelaki dan perempuan,surau, padang bola jaring, padang bola sepak, gelanggang futsal dan kawasan riadah. Laluan susur gajah dan wakaf-wakaf disediakan di sekitar kawasan institut untuk kemudahan seluruh warga IKBNKL. IKBNKL juga menawarkan kursus dalam 7 jurusan bagi membolehkan mereka layak memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1,2,3 dan DKM yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK). Pengambilan pertama telah dibuat pada 4 Julai 2011 dengan jumlah pelajar seramai 63 orang. Bilangan pelajar yang boleh ditampung oleh IKBNKL mampu mencecah sehingga 500 orang

Alamat: Jalan Sultan Abdul Samad
Telefon Pejabat/Bimbit: 0331802128
Faks: 0331801677
E-mel: portalikbnkl@gmail.com
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) KUALA LANGAT.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2017
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u