INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) WAKAF TAPAI

 dilihat 1714 kali

Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu atau nama lamanya Pusat Latihan Belia Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada 2 November 1979 oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Ia diwujudkan atas kesedaran Kerajaan Negeri betapa pentingnya belia-belia lepasan sekolah didedahkan kepada latihan kemahiran. Juga bertujuan untuk menampung permintaan tenaga kerja separuh mahir akibat dari usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta. Selain dari itu, Kerajaan Negeri juga sedar akan terhadnya peluang dan tempat latihan yang sedia ada untuk belia lepasan sekolah. Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan pada ketika itu telah diminta oleh Kerajaan Negeri untuk memberikan khidmat nasihat dan bantuan bagi memulakan operasi dari segi tenaga pengajar dan ko-kurikulum. Pengambilan pertama pada 2 November 1979 adalah seramai 70 orang pelatih dalam 3 jurusan iaitu Kursus Jahitan, Kimpalan dan Binaan Bangunan. Pada tahun 1983, 2 lagi jurusan telah ditambah iaitu Tukang Paip dan Juru Elektrik. Corak latihan pada ketika itu adalah Latihan Pembina-Pelopor. Kemudian pada tahun 1985, corak latihan telah bertukar kepada Sistem Latihan Bersepadu ( Intergrated Approach ) dimana komponennya 70 % Latihan Kemahiran dan 30 % Latihan Pembangunan Insan

Alamat: KM24, Jalan Kuala Terengganu Kuala Berang Marang
Telefon Pejabat/Bimbit: 096806000
Faks: 096806009
E-mel: ikbnwt@kbs.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) WAKAF TAPAI.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2018
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u