KOLEJ KOMUNITI ARAU

 dilihat 2212 kali

Kolej Komuniti Arau, Perlis (KKAP) mula ditubuhkan pada 12 Jun 2001 dengan menjalankan 2 Kursus Sepenuh Masa iaitu Sijil Pelukis Pelan Senibina dan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan). Pada awal penubuhan, Kolej Komuniti Arau, Perlis menumpang di Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis sementara menantikan kampus tetap di Tambun Tulang, Arau, Perlis untuk siap. Pada bulan November 2005 Kolej Komuniti Arau, Perlis  telah  berpindah ke  kampus tetap  di Tambun Tulang, Arau, Perlis dan menjalankan 3 lagi Kursus Sepenuh Masa iaitu Sijil Komputer Dan Sokongan , Sijil Fesyen Dan Pakaian dan Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan. Pada Julai 2007, Kolej Komuniti Arau, Perlis menawarkan Kursus Diploma Teknologi Elektrik untuk pelajar kolej komuniti lulusan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan). Bagi memenuhi keperluan fizikal program Diploma dan Kursus Pendek, Kolej Komuniti Arau, Perlis kini telah menyewa tiga premis rumah kedai yang diubahsuai memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran. Premis yang telah disewa bemula dari Julai 2009 ini terletak di Jejawi Arau, Perlis. Lebih kurang 7 kilometer dari kampus utama melalui Jalan UMNO, Longboh. Secara keseluruhannya Kolej Komuniti Arau, Perlis sehingga tahun 2010 masih lagi menawarkan lima program sepenuh masa di peringkat Sijil, program Diploma tidak lagi ditawarkan dan digantikan dengan Sijil Modular Kebangsaan  (SMK) iaitu Pemasangan Elektrik (PE) dan akan dikuti dengan kursus-kursus yang lain selepas ini iaitu selaras dengan saranan Kerajaan bagi mengukuhkan lagi Kolej Komuniti. Kursus-kursus pendek masih lagi ditawarkan dalam pelbagai bidang untuk seluruh lapisan masyarakat di negeri Perlis khususnya dan seluruh warga Malaysia amnya.

Alamat: JALAN TENGKU BUDRIAH, TAMBUN TULANG
Telefon Pejabat/Bimbit: 049869800
Faks: 049861708
E-mel: webmaster@kkarau.edu.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi KOLEJ KOMUNITI ARAU.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2018
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u