KOLEJ KOMUNITI KUCHING

 dilihat 4462 kali

Kolej Komuniti Kuching ialah Kolej Komuniti yang pertama ditubuhkan di Sarawak dan ia merupakan salah sebuah daripada 10 buah Kolej Komuniti perintis Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Jun 2001. Kampus induknya kini adalah di Jalan Sultan Tengah di kawasan Parlimen P.168 Petra Jaya dan jaraknya 10 km dari pusat Bandaraya Kuching. Kolej ini mula beroperasi di Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Kuching, dengan lapan orang staf perintis. Sejumlah 26 orang pelajar telah berdaftar sebagai kumpulan pertama untuk mengikuti Kursus Sijil Automotif dan Kursus Sijil Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian pada 12 Jun 2001. Hingga Sesi Julai 2006 terdapat 300 orang pelajar mendaftar sepenuh masa di Kolej Komuniti Kuching. Hingga kini sebanyak 3 kursus telah ditawarkan sepenuhnya iaitu a. Sijil Pelukis Pelan Seni Bina b. Sijil Fesyen dan Pakaian c. Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej Komuniti merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kolej Komuniti Telah ditubuhkan melalui Memorandum No 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Memorandum ini mengandungi konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej Komuniti berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Dua belas (12) buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada 2001. Di peringkat pusat, Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti (BPKK), Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti(JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia pengurusan semua Kolej Komuniti KPTM. Di peringkat institusi pula, Kolej Komuniti di ketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu pegawai-pegawai kanan, pensyarah/pengajar dan juga kakitangan sokongan.

Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia Lot 3563, Sego Centre Jalan Sultan Tengah Petra Jaya
Telefon Pejabat/Bimbit: 082313322
Faks: 082313318
E-mel: betty@kkkg.edu.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi KOLEJ KOMUNITI KUCHING.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2020
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u