KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK

 dilihat 2477 kali

SEJARAH PENUBUHAN Kolej Komuniti Pasir Salak(KKPS), Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan institusi pendidikan yang menyediakan latihan dan kemahiran kepada semua anggota masyarakat yang memerlukannya. Ia juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar atau kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk mendapatkan latihan dan kemahiran yang mereka minati. Ini bermakna KKPS menyediakan kursus peningkatan kemahiran kepada masyarakat setempat tanpa mengira had umur bagi membantu mereka meningkatkan kualiti hidup. Kolej ini mula beroperasi pada April 2003, di kampus sementara secara menumpang di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar di Seri Iskandar, Perak. Ketika itu kolej ini bermula dengan kekuatan hanya tiga orang kakitangan yang diketuai oleh seorang pengetua dan dua orang pensyarah. Kini, KKPS telah pun berpindah ke premis tetap di Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak dan kini mempunyai seramai 76 orang kakitangan. Mengikut statistik pelajar bermula dengan pelajar seramai 27 orang dan kemudian bertambah hingga mencecah seramai 415 orang. Kini, ramai bekas graduan Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) telah berjaya menempa kejayaan tersendiri. Ramai di antaranya telah berjaya mendapat peluang kerjaya bersesuaian dengan bidang yang diambil. Contohnya pelajar Sijil Teknologi Maklumat Kolej Komuniti Pasir Salak(KKPS) berjaya mendapat pekerjaan di sektor swasta, bekerja di kedai-kedai komputer dan ramai juga yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di politeknik dan universiti.

Alamat: Jalan Lebuh Paduka, Changkat Lada Kg. Gajah
Telefon Pejabat/Bimbit: 056552300
Faks: 056552800
E-mel: kkps@kkpsa.edu.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2020
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u