KOLEJ KOMUNITI PEKAN

 dilihat 1611 kali

Kolej Komuniti Pekan (KKPP) merupakan antara lapan buah kolej komuniti baharu dan yang ke sepuluh di negeri Pahang. KKPP mula beroperasi pada bulan April 2011 dengan menumpang di kampus Kolej Komuniti Rompin. Pembinaan kampus tetap kolej telah bermula pada Julai 2010 dan telah mula beroperasi pada Ogos 2012. KKPP telah melaksanakan pelbagai Program Latihan 1 Malaysia sepanjang tahun 2011 dan pada masa sekarang pihak kolej aktif menjalankan kursus-kursus pendek di sekitar Daerah Pekan. Pengambilan pertama pelajar telah diadakan pada 3 Oktober 2012. KKPP menawarkan satu program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) iaitu: • SMK Servis Kenderaan Ringan; dan dua program Sijil Kolej Komuniti (SKK) iaitu: * Sijil Servis Kenderaan Ringan * Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kampus tetap KKPP yang beralamat di Lot 1032, Jalan Pekan-Kuantan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang kelas, bengkel, perpustakaan, makmal komputer dan peralatan mengajar yang canggih dan terkini serta tenaga pengajar yang berpengalaman bagi memastikan setiap program yang dijalankan adalah berkualiti. KKPP yakin dapat memperkasakan sosio-ekonomi penduduk Daerah Pekan melalui peluang pendidikan sepanjang hayat yang ditawarkan kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, usia dan taraf pendidikan.
Alamat: Lot 1032, Jalan Pekan - Kuantan, Peramu Jaya,
Telefon Pejabat/Bimbit: 094264000
Faks: 094264141
E-mel: kkpekan@yahoogroups.com
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi KOLEJ KOMUNITI PEKAN.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2019
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u