KOLEJ KOMUNITI TAPAH

 dilihat 223 kali

Kolej Komuniti telah ditubuhkan melalui memorandum No. 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Konsep penubuhan Kolej Komuniti Tapah adalah berdasarkan keperluan masyarakat setempat dan berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran kerja atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Di samping itu, penubuhan Kolej Komuniti Tapah juga memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan latihan dan pendidikan secara berterusan bagi melahirkan masyarakat berpengetahuan (K-Community) Kolej Komuniti Tapah mula beroperasi pada tahun 2009 di Wisma Chan Poh Lim, Tapah, Perak. Pengambilan pelajar kumpulan pertama adalah pada Januari 2010. Kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Tapah adalah Sijil Pelukis Pelan Senibina dengan jumlah pelajar seramai 30 orang. Kini, Kolej Komuniti Tapah menawarkan Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Lukisan Senibina yang merangkumi SMK 1 Lukisan Persembahan Senibina dan SMK 2 Lukisan Kerja Senibina. Di samping itu, Kolej Komuniti Tapah turut menawarkan kursus jangka pendek yang dijalankan selepas waktu bekerja atau pada hujung minggu khas bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran dan pengetahuan secara sambilan. Kursus jangka pendek yang ditawarkan adalah mengikut kehendak dan keperluan semasa.

Alamat: Kementerian Pengajian Tinggi Lot, 9396, Wisma Chan Poh Lim
Telefon Pejabat/Bimbit: 054010072
Faks: 054010073
E-mel: helmiza@mohe.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi KOLEJ KOMUNITI TAPAH.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2017
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u