POLITEKNIK HULU TERENGGANU

 dilihat 630 kali

Politeknik Hulu Terengganu atau dengan singkatannya PHT merupakan salah sebuah politeknik di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memulakan operasi pada 2 Mei 2008 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dengan menawarkan 2 program utama iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti. Pada Jun 2010, PHT telah memindahkan operasi ke Daerah Hulu Terengganu dengan menyewa salah sebuah bangunan yang dimiliki oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu di Bandar Kuala Berang.Hingga kini, PHT mempunyai hampir 370 orang pelajar dengan kekuatan kakitangan seramai 49 orang yang terdiri daripada pelbagai kelulusan. Antara jabatan utama yang terdapat di PHT ialah Jabatan Perdagangan, Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Jabatan Matematik, Sains & Komputer dan Jabatan Pengajian Am. Selaras dengan visi dan misi KPT, PHT menawarkan beberapa kemudahan kepada para pelajar dan kakitangan seperti bilik kuliah, makmal komputer, bilik MICE, perpustakaan, surau, kiosk dan sebagainya. Bagi menambahkan lagi keselesaan, PHT juga mengadakan kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Daerah Hulu Terengganu untuk menyediakan kemudahan seperti dewan, padang, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan juga kemudahan akses Perpustakaan Awam Hulu Terengganu.
Alamat: Bangunan kedai 3 Tingkat Majlis Daerah Hulu Terengganu Kuala Berang
Telefon Pejabat/Bimbit: 096825555
Faks: 096825556
E-mel: info@pht.edu.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi POLITEKNIK HULU TERENGGANU.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2018
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u