POLITEKNIK PORT DICKSON

 dilihat 292 kali

Politeknik Port Dickson (PPD) mula beroperasi pada tahun 1990. Setelah lebih dua dekad beroperasi di Teluk Kemang, jumlah pelajar PPD meningkat kepada 5,781 orang yang mengikuti 13 program yang ditawarkan pada sesi Disember 2011. Ilmu yang dicurahkan oleh 374 orang pensyarah akademik dan dibantu oleh 118 orang kakitangan sokongan menjadikan PPD institusi pengajian tinggi awam yang menjadi pilihan ramai. Sehingga kini, Politeknik Port Dickson telah berjaya melahirkan 26,158 orang lulusan dalam pelbagai program kejuruteraan dan perdagangan. Politeknik Port Dickson ditadbir selia di bawah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Politeknik Port Dickson telah dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2008 pada 25 November 2009. Ini bermakna pengajian dan pembelajaran di Politeknik Port Dickson telah mencapai tahap yang cemerlang dan diiktiraf dunia. Politeknik Port Dickson sentiasa berusaha untuk membentuk sistem pendidikan teknikal bertaraf dunia yang memenuhi keperluan semasa negara. Politeknik Port Dickson mengambil langkah untuk menyediakan program kerohanian dan keinsanan, bimbingan kerjaya dan sokongan pendidikan yang mengambil kira potensi dan gaya pembelajaran individu bagi meningkatkan kesan pembelajaran, ketrampilan diri, kemahiran berkomunikasi dan pemikiran kritikal pelajar. Ke arah melahirkan graduan berkualiti, Politeknik Port Dickson sentiasa peka dengan permintaan industri terkini agar graduan Politeknik Port Dickson mendapat tempat yang selayaknya di arena pekerjaan. Politeknik Port Dickson ke arah membangunkan Pusat sehenti R&D&K bagi menyelaras, memantau aktiviti penyelidikan, dan keusahawanan melalui jaringan pegawai penyelidik, smart partnership dan kolaborasi dengan agensi luar. Politeknik ini juga berminat berkolaborasi bersama industri dalam penyelidikan dan inovasi, pemantapan kurikulum dan pembangunan Centre of Technology. Politeknik Port Dickson juga sentiasa bersedia ke arah transformasi sebagai satu usaha pemantapan politeknik agar lebih berdaya saing dan mencapai status setara dengan institusi pengajian awam yang lain di negara ini. Dalam merealisasikan transformasi ini penubuhan politeknik premier telah dijadikan sebagai salah satu wadah ke arah matlamat tersebut. Hasrat agar politeknik menjadi pilihan utama pelajar merupakan satu cabaran yang besar. Menyedari hakikat ini politeknik mestilah berubah dan menyesuaikan institusinya agar relevan dengan kehendak pelajar dan pembangunan negara terutamanya di sektor industri. Politeknik Port Dickson juga mengambil inisiatif bagi mewujudkan suasana persekitaran kerja dan pembelajaran yang dinamik dan kondusif demi memupuk percambahan dan keterbukaan minda untuk membangunkan potensi diri staf dan pelajar. Politeknik ini juga komited dalam menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif serta mempunyai kepakaran terkini sesuai dengan kehendak semasa industri.
Alamat: KM14, JALAN PANTAI SI RUSA
Telefon Pejabat/Bimbit: 066622000
Faks: 066622026
E-mel: pengarah@polipd.edu.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi POLITEKNIK PORT DICKSON.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2018
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u