Soalan Lazim


UMUM

Apakah Projek 1MTC?

Projek Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) adalah inisiatif yang diilhamkan oleh Jawatankuasa Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) di bawah inisiatif NBOS 7 pada 29 Oktober 2012. Projek 1MTC bertujuan untuk mengoptimakan penggunaan semua kemudahan latihan yang sedia ada di Institut Latihan Awam (ILA) Kementerian dan agensi Kerajaan yang telah dikenalpasti serta membantu Kerajaan dalam membuat keputusan strategik berkaitan penggunaan ILA.

top ^

Siapakah peneraju dan rakan strategik Projek 1MTC?

Projek Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersama dengan rakan-rakan strategik iaitu Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLK), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan 1M4U (1 Malaysia for Youth).

top ^

Apakah Portal 1MTC?

Portal 1MTC adalah singkatan untuk Portal Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) yang merupakan gerbang utama kepada informasi perkhidmatan latihan di Institut Latihan Awam (ILA) Kementerian dan agensi Kerajaan.

top ^

Apakah terdapat syarat-syarat untuk bekerjasama antara pihak Swasta dengan 1 Malaysia Training Centre (1MTC)

Tiada sebarang syarat dikenakan untuk mendaftar di Portal 1MTC. Pengguna Portal 1MTC boleh membuat carian dan tempahan fasiliti dan kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam (ILA). Sekiranya tuan/puan memerlukan fasiliti untuk menjalankan latihan, tuan/puan boleh menempah fasiliti yang ditawarkan oleh ILA berkenaan.

top ^

Adakah pihak 1MTC sediakan dana untuk kos sesuatu program dijalankan seperti kos tenaga pengajar dan penggunaan bahan?

Buat masa ini, 1MTC tidak ada menyediakan sebarang dana untuk sesuatu program

top ^

PENGURUSAN FASILITI

Adakah Tempahan dan Penggunaan kemudahan yang disediakan seperti dewan kuliah dan bengkel percuma atau perlu dibayar?

Tempahan dan penggunaan fasiliti (spt Dewan Kuliah dan Bengkel) boleh dilakukan jika ianya available pada tarikh tersebut. Bayaran penggunaan fasiliti ditetapkan oleh Institut Latihan Awam (ILA) masing-masing. Ketetapan kadar bayaran adalah berbeza-beza di kalangan ILA.

top ^

Berapakah kadar bayaran penggunaan fasiliti?

Kadar bayaran penggunaan fasiliti adalah ditetapkan oleh Institut Latihan Awam (ILA) masing-masing.

top ^

PENGURUSAN KURSUS

Apakah kursus/latihan yang disediakan?

Kursus/Latihan yang disediakan adalah mengikut pengkhususan dan fungsi Institut Latihan Awam (ILA) tersebut.
(Contoh: Kursus berkaitan perkhidmatan awam akan diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Kolej Komuniti pula menawarkan Kursus/Latihan untuk orang awam selain dari penjawat awam).

top ^

Apakah kursus/latihan yang ditawarkan dikenakan bayaran atau percuma?

Kadar bayaran kursus/latihan adalah ditetapkan oleh Institut Latihan Awam (ILA) masing-masing.

top ^

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan bagi mengikuti program-program yang ditawarkan di 1MTC?

Untuk memohon kursus-kursus yang dianjurkan oleh Institut Latihan Awam (ILA), tuan/puan perlu mendaftar sebagai pengguna 1MTC. Daripada portal 1MTC tuan/puan boleh memilih kursus-kursus yang ditawarkan oleh ILA sekiranya kursus tersebut bersesuaian dan boleh dipohon.

top ^

Bolehkah sesebuah syarikat mendaftar sebagai penyedia program latihan 1MTC?

Pada masa ini, penyedia latihan di dalam Portal 1MTC hanyalah Institut Latihan Awam (ILA) sahaja. Perluasan kepada institusi latihan yang lain belum lagi dipertimbangkan.

top ^

Sekiranya terdapat institusi yang ingin mengadakan seminar/latihan di tempat sendiri, bolehkah kami menjemput pihak 1MTC sebagai penceramah?

Setakat ini projek 1MTC masih belum mewujudkan modul tenaga pengajar. Apabila modul ini diwujudkan nanti, tuan/puan boleh memilih tenaga pengajar yang dikehendaki mengikut kesesuaian bidang kepakaran dan masa masing-masing.

top ^

Bagaimana untuk saya menghubungi Portal 1MTC

Anda boleh hubungi:

Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.

Tel: 603-8000 8000
Faks: 603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my

top ^




Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2017
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u