Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Pembatalan dan Pembayaran Kembali

 

Syarat Pembatalan

1.Pembatalan tempahan fasiliti, kursus dan asrama boleh dilakukan secara atas talian.

2.Tempoh sah pembatalan adalah bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Latihan Awam (ILA) yang berkaitan. Penempah disaran merujuk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh ILA yang berkaitan.

 

Syarat Pembayaran Balik

1.Pembayaran kembali adalah bergantung kepada polisi serta terma dan syarat ILA berkenaan.

2.Proses pembayaran kembali dilakukan secara luar talian di antara ILA dan juga penempah. Penempah perlu menghubungi ILA berkenaan bagi mengetahui proses pembayaran kembali.

3.Pihak pengurusan 1MTC sama sekali tidak terlibat di dalam proses pembayaran kembali.

4.Jumlah bayaran kembali mungkin kurang daripada jumlah yang pernah dibayar oleh penempah. Ini kerana untuk bayaran di atas talian, caj bayaran atas talian akan dikenakan seperti jadual di bawah.

5.Caj-caj lain mungkin dikenakan bergantung kepada polisi serta terma dan syarat yang dikenakan oleh pihak ILA.

Jenis Bayaran

Jumlah Caj

Debit Terus

RM0.50

Kad Kredit

1.8% dari amaun bayaran


6. Sebagai alternatif, anda boleh mengemukakan aduan kepada pmo1mtc@mampu.gov.my sekiranya tidak berpuashati dengan penyelesaian aduan oleh ILA berkenaan.




Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2017
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u